Wednesday, September 26, 2018

Apakah Punca Anak Susah Belajar Hinggkan Buku Jadi 'Halimunan'?




Saringan Penglihatan Pelajar Pendidikan Khas di SMK Tasek Damai,Ipoh


"Cikgu, mari dekat sikit, saya nak tunjuk sesuatu".

Guru yang tadi di belakang saya, mara ke depan. Diri di sebelah saya yang sedang duduk.

Depan saya ada seorang pelajar tingkatan 5. Seorang pelajar LD. Pendidikan Khas yang ada 'Learning Disabilities' (LD). Iaitu pelajar yang ada masalah pembelajaran.

.

Saya buat satu ujian skil 'eye-teaming' pada pelajar tersebut.

Salah satu ujian penting kami lakukan semasa saringan penglihatan.

"Cikgu tengok pada matanya ya" saya bisik.

Semakin dekat saya tunjuk hujung pen, semakin matanya lari..

Bukan bermaksud matanya tiba-tiba tumbuh kaki dan lari.. Tidak bukan begitu.

Mata lari maksudnya, satu mata tengok betul pada pen. Satu lagi mata tengok tempat lain. Tengok ke arah tepi.

Seolah-olah tengok sesuatu di tepi saya.

Kedua mata, tidak selari tengok pada tempat sama.

Saya beritahu cikgu, bila pelajar sendiri susah kawal pergerakan mata untuk lihat pada satu masa, memang dia akan susah belajar.

Sebab apa?

Sebab 'brain' mereka akan tertumpu untuk bantu tubuh badan mereka sendiri.

Tanpa pelajar sedar, otak perlu fikir bagaimana nak betulkan 'mata aku yang lari ni'?

Jadi, bila ada buku depan di depan mata pelajar sekalipun, otak dia tidak dapat fokus pada buku.

Buku ibarat halimunan.

Sebab otak sedang proses bagaimana nak betulkan mata sendiri.

Masalah mata pun boleh buat satu badan jadi konflik.

Teringat dulu saya pernah lihat video seorang 'Occupational Therapist' bercerita di FB.

Jika anak susah nak mula baca perkataan, cuba tengok tubuh badan dia.

Adakah anak boleh duduk dengan senang atas kerusi? Atau dia amat sukar untuk melakukan aktiviti duduk atas kerusi ini.

*Duduk adalah sejenis aktiviti kemahiran motor kasar.

Sebab otak akan fokus bagaimana nak bagi badan selesa duduk dulu..

Kedudukan badan macam mana yang sesuai.

Duduk dekat kerusi badan kena tegak? Kaki kena tegak? Kaki kena bersilang?

Otak akan fokus pada kedudukan postur badan dahulu.

Baru boleh teruskan aktiviti pembacaan dengan mudah.

*Aktiviti membaca, menulis, menggunting kertas adalah suatu aktiviti kemahiran motor halus.

Itu kalau mata ok.

Kalau mata dan penglihatan tidak ok?
.
Saya sebagai Optometris sangat faham bagaimana cara mata manusia melihat.

Kerana itu apa yang saya belajar di universiti.

Ia bukan sekadar mata nampak jelas sahaja.

Ia berkenaan bagaimana mata nak proses apa yang kita lihat.

Berbalik pada cerita hari ini.

Cara anak membaca jadi amat susah jika dalam keadaan 'mata lari'.
.


Ceramah tentang cara penjagaan mata kepada pelajar sewaktu melihat gajet


Saya dapat info baru.

Salah seorang guru Pendidikan Khas ada berkata, pelajar LD ini salah satu ciri mereka adalah skil mata 'eye-tracking' yang kurang baik.

Ya benar, saya bersetuju.

Kerana bila saya sendiri periksa saringan penglihatan pelajar tadi, hampir 90% saya jumpa, skil 'eye-tracking' tidak sebaik orang normal.
.
Adakah kerana punca dari 'eye-tracking' pelajar tidak bagus sehinggakan mereka terkesan jadi pelajar LD?

Atau kerana mereka memang dilahirkan LD, barulah mata mereka terkesan?
.

Jika kita dapat putar masa ke masa lalu, semasa mereka masih kecil.

Dan masalah penglihatan mereka dibantu dari awal..

Adakah mereka jadi pelajar LD hari ini?
.
Sebenarnya, skil mata melihat iaitu 'eye-tracking' dan 'eye-teaming' boleh dibantu dalam sesi Visual Therapy Optomedik.

Namun anak atau pelajar perlu di periksa mata dahulu, baru kami boleh 'design' kan terapi mereka.

Untuk maklumat lanjut dan informasi tambahan, boleh klik link di bawah.

https://www.optomedik.net/hanun

Jika ada anak anda sendiri atau anda kenal sesiapa yang ada masalah begini, bantu sharekan kepada mereka.

Agar lebih ramai orang tahu, masalah penglihatan bukan sekadar rabun sahaja.

Mata juga perlu ada skill yang baik untuk melihat dengan baik. Barulah, cara belajar menjadi lebih baik.

#awareness
#educate
#sharingiscaring

Dari kaca mata seorang Optometris

"Kejayaan Dengan Penglihatan

Tuesday, September 11, 2018

Usahawan Adalah 'Pintu' Untuk Saya

Lokasi: Belakang KFC Meru Raya, Ipoh, Sebelah Farmasi Ikhwan


Sebelum saya buat apa-apa pilihan dalam hidup, selalunya saya akan bertanya pada abah.

"Abah adalah penasihat terbaik dan saya perlukan sokongan beliau."

Tegas dan 'precise' adalah sesuatu yang boleh saya gambarkan.

Memandang lebih jauh ke hadapan. Orang lama-lah katakan..

Saya kagum dengan 'leadership' dan pengurusan abah dalam profesionnya. Kagum diiringi untuk belajar lebih dari beliau.
.
.

Bincang-bincang dengan Abah, Meru Ipoh adalah antara lokasi yang menjadi tajuk utama perbualan.

(Setelah training di Kuala Kangsar selama 10 bulan, saya rasa masanya dah tiba untuk ada praktis sendiri!)

Cadangan diberi kepada Tuan Rizal (mentor saya), dan tanpa berfikir panjang beliau bersetuju.

Tapi soalan beliau buatkan saya lebih bersemangat.

"Cik Hanun dah bersedia?" kata Tuan Rizal.
Saya angguk. Dalam diam, hati saya berkata,

"Saya mahu sumbangkan sesuatu dalam hidup saya. Ini adalah permulaannya!"
.
.

Hujung tahun 2016 bermula lah perjalanan di Meru, Ipoh. Kini sudah 2018. Hampir 2 tahun beroperasi.

Di tingkat atas kami pula, S&Z Speech Therapy Centre

*Kami bukan bantu sekadar anak-anak yang ada rabun, malah bagi pelajar yang ada masalah Vision Stress juga keutamaan kami.
 

Optometrist | Vision Specialist | Vision Therapy
Hanun Nadiah Rozi



Apakah Punca Anak Susah Belajar Hinggkan Buku Jadi 'Halimunan'?

Saringan Penglihatan Pelajar Pendidikan Khas di SMK Tasek Damai,Ipoh "Cikgu, mari dekat sikit, saya nak tunjuk sesuatu"...