Saturday, August 25, 2018
Perlukah Anak Saya Pakai Cermin Mata ? Tapi Dia Kecil Lagi..
Ramai saya jumpa parents yang amat risau keadaan mata anak mereka. Rasa takut sebab, kecil-kecil lagi dah ada rabun dan perlu pakai cermin mata.
Sebab itu, ada yang risau nak bawa anak pergi 'check' mata. Nanti, kalau periksa mata, tengok-tengok anak kena pakai cermin mata.. Haaa sudah.. Tu kan siapa suruh check mata awal-awal..?
Apa yang buat mereka lagi risau adalah sebab mula pakai dari usia muda. Contohnya seusia 7 tahun dah pakai spek.
"Kalau sekarang dah pakai, habis lah mata anak saya bila besar nanti.."
"Kalau pakai cermin mata, lagi rosaklah mata anak saya.."
" Sampai ke tua la tu kena pakai.."
Dengan wajah amat risau parents meluahkan. Seboleh-bolehnya jangan pakai. Seperti cermin mata itu 'pesalah' yang wajib dipenjara.
Namun dalam kerisauan ini, saya lihat ada dua jenis kategori parents.
Jenis satu, parents yang segera ambil tindakan kerana risau masa depan anak. Contohnya, risau sebab nanti dalam kelas di sekolah susah nampak apa cikgu ajar. Bila susah nampak, mula lah pinjam buku kawan. Bawa balik rumah sebab tak sempat salin dari whiteboard. Lebih merisaukan, sehinggakan anak-anak ni kurang minat nak belajar sebab tak nampak!
Jenis kedua, parents yang juga risau. Tetapi tunggu.. dan tunggu dahulu.. Sebab ada sebuah 'fahaman' dan kata hati, "bila anak ni besar sikit.. ok lah tu.." Dengan pemikiran itu, hati parents lega sendiri. Seperti terpujuk hati sendiri. Dirasakan masalah anak selesai dah.
Nasib anak masih dibiarkan. Tetapi, nanti anak masuk dalam kelas, tetap tidak nampak juga.
Mungkin cara termudah dan tercepat, cakap dengan guru kelas, "Cikgu, tolong tukar meja anak saya duduk depan. Dia tak nampak duduk belakang.." Cikgu pun tukar. Lepas tu, anak pun boleh nampak semula. Adakah anak kita hingga usia 17 tahun kena duduk meja depan sahaja?
Jika semua murid ada masalah begitu, adakah saiz lebar kelas di sekolah muat untuk semua murid duduk di depan kelas, yang paling hampir dengan papan putih? Kerana alasan duduk belakang tak nampak.. Ayuh kita fikirkan bersama.
Terutama pada keluarga yang ibu dan ayahnya tidak pernah pakai cermin mata seumur hidup, tiba-tiba anak kena pakai cermin mata sebab tak nampak bila melihat jarak jauh.
Ada juga yang cuba menafikan, "Keturunan saya takde pun pakai spek.. Macam mana pula anak saya kena pakai spek? "
"Tak payahlah pakai sekarang."
"Tunggu dia besar nanti baru pakai.."
Bagi anak yang masih kecil, mereka tidak dapat membuat keputusan. Kebanyakan, parents yang akan buat keputusan untuk anak, sama ada buat spek sekarang atau buat spek hari lain. Kerana parents atau penjaga akan keluarkan kos cermin mata.
Saya percaya, semua ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak. Tidak kisah risau tahap jenis macam mana sekali pun, parents tetap akan pilih cara untuk bantu anak mereka.
Saya teringat satu kisah ni, ada seorang ibu datang ke praktis saya. Beliau telah periksa mata dengan doktor pakar mata atau digelar Oftalmologis dahulu.
Sehinggakan beliau terbuka minda bila doktor sendiri cakap, "Buatlah cermin mata untuk anak, kalau sayangkan anak.. Dia masih kecil, banyak benda dia nak belajar. Jika dia tidak nampak, bagaimana proses anak hendak belajar? Otaknya masih dalam proses membesar dan berkembang.. Jika tidak nampak, bagaimana otak hendak berkembang dengan baik dan sihat.."
Ayat ini yang buat parents ini segera dapatkan bantuan untuk anaknya. Supaya tumbesaran minda anaknya dalam keadaan sihat dan tidak terbantut. Penglihatan yang baik dapat merangsang minda anak agar belajar dengan baik dan mudah. Bila proses ini jadi mudah, kebanyakkan saya jumpa anak akan makin minat belajar dan seronok pergi sekolah.
Cermin mata bukan saja-saja dicipta. Ada sebabnya :
1) Jika pakai cermin mata, tulisan yang kabur kini nampak lebih jelas, ini bermakna cermin mata penting untuk bantu anak. Sebagai contoh, anak berlari atas jalan raya bertar tanpa pakai kasut. Ada batu kecil yang tajam. Kalau masa tengah hari terik cahaya matahari panas, jalan jadi panas..
Sanggupkah kita lihat mereka pijak dan berlari atas jalan itu tanpa pakai kasut? Sudah semestinya kita suruh mereka pakai kasut atau selipar bukan? Supaya tapak kaki selesa, selamat dan tidak sakit semasa berjalan. Begitu juga tujuan, cermin mata diciptakan, Untuk memudahkan mereka melihat.
2) Ada juga kes yang mana, anak tiada rabun. Tapi disebabkan ada masalah penglihatan yang dipanggil "Vision Stress", yang mana boleh ganggu cara mata mereka melihat. Contohnya selalu mengadu sakit di bahagian dahi dan kening, hingga melarat sakit ke bahagian kepala. Untuk bantu, ada cermin mata ditempah dan di'design' khas untuk masalah begini. Walaupun bila anak periksa mata di mesin automatik, tiada 'power'. Dengan mesin sahaja, biasanya masalah ini sukar dikesan.
3) Sebab itu, Ujian Optomedik dicipta untuk mengenalpasti masalah Vision Stress. Bukan cuma cari 'power' rabun sahaja. Ada ujian tambahan dilakukan. Antaranya kita nak lihat tahap 'focusing system' ketika baca buku dan tahap kecekapan mata apabila melihat guna mata kanan dan kiri. Ada beberapa kes yang mana cermin mata juga tidak dapat dibantu. Yang ini, cara untuk dibantu adalah dengan Terapi Optomedik iaitu latihan rangsangan otot mata serta rangsangan kepada 'brain' supaya mata lihat dengan selesa dan betul.
Tidak kisah apa cara sekali pun parents cuba bantu anak-anak, fikirkan tentang masa depan mereka. Kalau kita rasa dengan cara menolong mata mereka lihat lebih baik akan buatkan prestasi exam mereka lebih baik.. Kita lihat mereka dengan pakai cermin mata anak menjadi lebih konfiden dan yakin pergi ke sekolah.. Akademik semakin bagus kerana makin bersemangat belajar.. Ya bantu lah mereka dengan cara apa sekali pun.
Titik tolak mereka untuk berubah ke arah lebih baik, bermula pada hari ini.
Tambah-tambah jika segala keputusan dibuat oleh parents, bukan kehendak anak-anak
"Kejayaan dengan Penglihatan"
Hanun Nadiah Rozi
Optometris
Hanun Optomedik Centre Ipoh
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Apakah Punca Anak Susah Belajar Hinggkan Buku Jadi 'Halimunan'?
Saringan Penglihatan Pelajar Pendidikan Khas di SMK Tasek Damai,Ipoh "Cikgu, mari dekat sikit, saya nak tunjuk sesuatu"...

-
Soalan : Apa beza antara Oftalmologis, Optometris dan Optician? #tanyaoptomedik Sekali pandang, nampak macam sama sahaja. Semua mul...
-
Ramai saya jumpa parents yang amat risau keadaan mata anak mereka. Rasa takut sebab, kecil-kecil lagi dah ada rabun dan perlu pakai cer...
No comments:
Post a Comment