Soalan : Apa beza antara Oftalmologis, Optometris dan Optician?
#tanyaoptomedik
Sekali pandang, nampak macam sama sahaja. Semua mula huruf 'O'. Namun ada beza! Dari segi sebutan malah tahap kepakaran masing-masing.
Izinkan saya berkongsi ya :)
1) Oftalmologis adalah pada asalnya telah mengambil jurusan perubatan. Orang panggil 'budak medik' semasa zaman belajar dulu. Ambil jurusan MBBS atau MD (ikut universiti) selama 5 ke 6 tahun. Selepas tamat 'degree', akan jadi seorang doktor. Orang ramai akan panggil mereka dengan gelaran tuan doktor.
Kemudian, bagi doktor yang berminat untuk sambung belajar lagi, banyak pilihan yang ada. Mahu jadi pakar jantung, tulang.. Apa lagi.. Pakar kulit, pakar kanak-kanak.. Semua ada bergantung pada minat doktor tersebut.
Bagi doktor minat dan ingin belajar lanjut tentang mata, mereka akan sambung belajar untuk dapatkan kepakaran tersebut- Doktor Pakar Mata, itulah yang digelar 'Oftalmologis'.
Dan dalam Oftalmologis juga boleh tambah kepakaran lain contohnya 'Pakar Mata khusus Kanak-Kanak' dan lain-lain bahagian. Kerjaya ini lebih mendalam bidang ilmunya.
Yang penting, kelebihan utama Oftalmologis adalah boleh mengenalpasti lebih lanjut tentang:
+ jenis penyakit mata
+ merawat dengan memberi ubat-ubatan tertentu
+ pembedahan berkaitan mata
+ periksa mata dan memberi 'power' yang sesuai
2) Optometris pula adalah individu, yang ambil kursus pengajian 'degree' Optometri. Bergantung pada universiti dan negara. Ada yang 3 tahun, 4 tahun dan 5 tahun pun ada, iaitu di US.
Istimewa bagi Optometris di US, orang awam akan panggil mereka sebagai doktor. Di negara lain termasuk Malaysia, tiada gelaran khas melainkan Optometris tersebut sambung belajar hingga peringkat Phd. Baru 'official' orang boleh panggil doktor.
Apa yang berbeza ?
+ Optometris boleh kenal pasti penyakit mata tertentu. Kami belajar jenis-jenis penyakit berkaitan mata. Juga kesan kepada penglihatan.
Namun, tidak boleh buat pembedahan atau beri ubat preskripsi secara terus kepada pesakit. Adakala kes tertentu, perlu rujuk kepada pakar mata iaitu Oftalmologis.
+ Pemeriksaan mata yang dilakukan boleh secara menyeluruh. Bergantung pada alatan mesin yang ada di dalam praktis tersebut untuk seseorang optometris mengamalkannya.
Namun kemahiran yang dipelajari dari universiti sudah lengkap menyeluruh tentang mata. (Ada subjek tertentu perlu sambung ke peringkat pengajian seterusnya)
+ Selain dari pemberian 'power' mata, Optometris juga dapat mengesyorkan kepada pesakit/klien tentang kanta yang sesuai mengikut cara kerja dan 'lifestyle'.
+ Dan Optometris boleh beri konsultasi serta tips apa yang terbaik untuk kehendak mata seseorang bergantung ikut umur individu. Sama ada dari yang muda hinggalah ke yang berusia
3) Optician hampir sama seperti Optometris. Mereka adalah individu yang boleh periksa mata. Mereka tahu tentang teknik pemberian 'power' kepada individu.
Namun, latar belakang tentang kesihatan mata, ilmu tentangnya tidak setara Optometris dan Oftalmologis.
Kecuali jika mereka belajar bersama orang yang lebih pakar dan berguru dengan orang lebih tahu. Kemungkinan mereka ada ilmu tersebut.
Ketiga perbezaan kerjaya ini adalah melalui research saya dan pengalaman sejak bekerja. Mungkin berbeza ikut negara dan mengikut arus kemajuan akan datang.
Perlu tahu, setiap kerjaya ada kelebihan dan kepakaran tersendiri :)
Hanun Nadiah Rozi
Optometrist
Graduated (2015)
University of Bradford

No comments:
Post a Comment