Thursday, January 18, 2018

Tips Supaya Anak Kekal Fokus Di Sekolah




'Kringgggg Kringgg!!' Jam berbunyi. Masanya sudah tiba. Bangun pagi..

Masa bersiap untuk anak-anak ke sekolah. Anak yang susah bangun, sampaikan ibu ayah kena renjis dengan air. Dengan harapan mereka celik mata.

Kalau pelajar asrama, siaplah kalau warden datang...

Bila sampai di sekolah, ada masih mengantuk. Masa guru ajar di depan, tersengguk kepala... Apa nak buat?

Kali ini, saya kongsikan tips supaya anak-anak kekal fokus di sekolah.

1) Tidur yang cukup 6 hingga 8 jam.

Set rutin masa tidur yang sama setiap hari. Jika hari ini tidur 10 malam, esok lusa juga masa yang sama. Otak akan susah beri tumpuan jika tidak cukup rehat.

2) Bawa bekalan air masak.

Air sangat penting. Ia dapat menyegarkan badan seterusnya dapat beri fokus lebih baik semasa dalam kelas. Minum air secukupnya. Bila mula sahaja rasa mengantuk, cepat-cepat minum.

3) Sarapan sihat dan sedap

Mulakan hari dengan sarapan. Ia dapat beri tenaga untuk anak-anak belajar. Ingat ya, sarapan sihat bukan bermakna makan dengan sangat banyak. Sesuatu yang bernutrisi dan sedap untuk naikkan motivasi anak ke sekolah sudah memadai.

4) Elak gangguan atas meja

Terlalu banyak benda di atas meja boleh ganggu kosentrasi pelajar. Contohnya jika bawa botol air, simpan dalam beg atau letak bawah meja.

5) Pandang guru dan lihat matanya

Guru diri di depan kelas untuk mengajar dan curahkan ilmu. Tunjukkan bahawa kita sedang beri perhatian. Bila mula perasan mata sudah melilau ke luar kelas, cepat-cepat pandang mata guru semula.

6) Penglihatan baik

Apabila mata boleh nampak dengan jelas apa guru tulis di papan putih, ini dapat meningkatkan lagi fokus. Cuba bayangkan jika mereka rabun atau silau dan tidak dibantu. Berbayang sahaja pandangan. Tidak nampak wajah guru dan terasa kabur.

Malah ada juga yang nampak tulisan buku sekejap jelas, sekejap kabur. Sangat digalakkan untuk matanya diperiksa agar kembali fokus belajar. Di cawangan Hanun Optomedik Meru, kami akan jalankan Ujian Optomedik untuk ketahui status penglihatan pelajar dengan lebih lanjut.

7) Ambil nota ringkas

Cuba fokus dan pasang telinga. Dengar betul-betul bila masa guru sebut "Ini penting", "Yang ni masuk exam". Dalam masa sama, dapat bantu anak-anak jadi pendengar yang bagus dan fokus dengan maksima.

Mudah-mudahan, segala apa mereka belajar sepanjang hari, lekat ilmunya dalam kepala. Apatah lagi ia diamalkan.

Kebaikan yang berterusan.


Hanun Nadiah Rozi
Optometrist

Hanun Optomedik Centre, Meru Ipoh
+019-4727963 (Whatsapp/Telegram)


Bagaimana Nak Bagi Cermin Mata Tahan Lebih Lama ?





Orang kata cermin mata ni sejenis pelaburan. Kita labur duit untuk penglihatan lebih baik.

Tapi kadangkala, pelaburan ni tak bertahan lama. Baru enam bulan pakai, dah calar sana sini.

Jadi, bagaimana nak bagi cermin mata tahan lebih lama supaya bertahun-tahun boleh pakai?

Saya kongsikan tips di bawah ya.

+ Jika mahu lap kesan cap jari atau habuk atas kanta cermin mata, pastikan bukan dalam keadaan kanta kering. Lalukan cermin pada air dulu supaya habuk berlalu pergi. Boleh kalau nak lap masa kering. Cumanya, kanta tu akan lagi cepat bercalar kalau ada habuk melekat semasa dilap.

+ Disebabkan kanta tu seeloknya basah, jangan pula sewaktu tiada sumber air, anda sedekah air liur pula pada kanta. Tahukah anda, air liur mungkin mengandungi minyak dan unsur lain yang boleh sebabkan lapisan antisilau kanta rosak.

+ Lap kanta guna kain lembut contohnya kain mikrofiber. Boleh kalau nak guna tisu atau kain biasa, cuma nanti cermin lagi senang ada kesan calar sebab material kasar. Ibarat seperti kesan parut pada kulit sebab terhiris duri pokok bunga ros. Akibatnya nanti, lagi cepat pula perlu melabur pada kanta lain.

+ Masa nak tidur, buka cermin mata, letak elok-elok di tepi bantal atau atas meja terdekat. Pastikan kantanya menghadap siling (ke atas). Supaya kanta tak bergeser dengan permukaan kasar. Tapi kalau letak dalam bekas khas bingkai tersebut, adalah lebih baik.

+ Jaga cermin mata ni macam jaga cermin kereta. Contohnya, masa memandu, mesti nak cermin depan bersih, betul tak.. Baru rasa puas bila nak 'aim' potong kereta depan. Jadi kalau dah rasa comot tu, jemput lap ya.

Tips di atas akan jadi mudah jika benar benar sayang pada peneman setia mata anda. Sayangilah mereka.

Besar harapan saya agar jodoh anda panjang dengan cermin mata masing-masing. 😊


Hanun Nadiah Rozi
Optometris
Hanun Optomedik Centre, Meru Ipoh


#tanyaoptomedik

Cara Untuk Tahu Kanta Cermin Mata Masih Ok Atau Sudah Calar




Selain periksa kesihatan mata, cermin mata sedia ada juga wajib diperiksa.

Penglihatan jadi kabur bukan sahaja punca dari mata.

Saya pernah jumpa klien, power mata masih sama dengan power yang lama. Tiada perubahan. Tetapi klien beritahu pandangan sudah 'kelabu'.

Rupanya bila periksa semula, keadaan kanta nampak ada banyak calar dan garis-garis halus. Dan lapisan anti-silaunya pula sudah rosak.

Keadaan begini buat mata tidak selesa melihat. Walaupun power masih sama.


Cara mudah untuk lihat kanta masih ok atau sebaliknya :

1) Pegang cermin mata sambil menghadap cahaya lampu.
2) Gerakkan sedikit kanta ke atas, bawah, kiri dan kanan sambil tengok kanta.
3) Perhati kanta cermin, adakah sebarang garisan calar?
4) Cuba sentuh calar guna jari. Ia boleh jadi kerana calar jenis timbul (boleh rasa permukaan tidak rata dan kasar) atau calar halus dalam kanta (bila disentuh, kanta terasa rata sahaja dan licin)
.

.
Kedua-dua jenis calar ini, boleh jadi punca mengapa mata tidak selesa, nampak kabur dan sakit kepala.

Kedua-dua jenis calar ini kebiasaannya tidak boleh hilang, walaupun telah dilap banyak kali guna kain. Basuh dengan air sekalipun, tetap tidak mahu tanggal.

Kanta ibarat kayu getah yang ditoreh. Parut pada batang kekal ada.

Cara yang terbaik, dapatkan pemeriksaan mata dan juga cermin mata terlebih dahulu. Untuk tahu apa punca mata rasa kabur.

Jika anda ada soalan berkenaan kesihatan mata dan cermin mata, boleh ajukan pada kami. Untuk temu janji pemeriksaan mata boleh hubungi 019-4727963.


Hanun Optomedik Centre,
No. 15, Jalan Meru Bestari A6,
Bandar Meru Raya,
30020 Ipoh,
Perak.


Hanun Nadiah Rozi
Optomerist
Graduan Uni. Of Bradford (2015)

Wednesday, January 17, 2018

Adakah Sakit Kepala Kerana Rabun ?




"Anak saya umur 9 tahun. Selalu mengadu sakit kepala pening. Area dahi ke lingkaran kawasan mata. Adakah sebab rabun atau silau?" Puan H.A
.
.
#tanyaoptomedik

Simptom sakit kepala atau pening boleh terjadi atas banyak sebab. Jika ia terjadi area mata dan kawasan dahi, kemungkinan boleh disebabkan oleh rabun jauh. Malahan ada juga kerana hanya sebab rabun silau (astigmatism) yang tidak dibantu.

Namun, lebih kerap saya jumpa dalam praktis saya di Meru Raya, Ipoh, simptom berlaku jika seseorang mempunyai rabun tersembunyi. Iaitu skill mereka untuk lihat jauh dan dekat, bukan dalam keadaan terbaik. Skill otot mata mereka ada 'gangguan'..

Selain itu, antara simptom lain adalah:

+ Sakit kepala pada waktu tertentu. Oleh itu, ibu-ibu cuba kenal pasti waktu anak akan sakit kepala. Adakah dari awal pagi sudah terasa atau menjelang tengah hari/petang baru sakit kepala muncul ? Jika dari awal pagi sudah sakit kepala.. Berbeza kes dengan waktu petang atau malam baru datang sakitnya.

+ Penglihatan anak tidak stabil. Sekejap tulisan nampak jelas, sekejap nampak kabur. Atau kabur setiap masa. Ini boleh terjadi sewaktu anak di sekolah. Sama ada semasa melihat 'whiteboard' ketika guru mengajar dan juga melihat/membaca buku atas meja. Nak tahu bagaimana? Lihat tulisan anak-anak dalam buku tulisan mereka. Kalau ada yang pelik-pelik ejaannya, kemungkinan besar mata mereka perlu dibantu segera.

+ Kerap berkedip mata semasa baca buku. Kadang-kadang nampak mereka urut kawasan dahi dan mata untuk bagi lega sikit. Hinggakan pada satu tahap, anak suka pejam mata dalam tempoh masa yang lama untuk rehatkan mata. Namun, bila mereka sambung semula belajar, tetap jadi lagi.
.
.
Untuk tahu lebih lanjut tentang skil penglihatan dan bagaimana otot mata mereka bekerja, amat digalakkan untuk jalani anak-anak jalani Ujian Optomedik. Akan ada beberapa ujian khas dilakukan untuk mengetahui punca sakit kepala anak.


Hanun Nadiah Rozi
Optometris
Graduan tahun 2015
Uni. of Bradford, UK

Kini berkhidmat di Hanun Optomedik Centre Meru, Ipoh
+60194727963 (Whatsapp / Telegram)


#sharingiscaring

Apakah Punca Anak Susah Belajar Hinggkan Buku Jadi 'Halimunan'?

Saringan Penglihatan Pelajar Pendidikan Khas di SMK Tasek Damai,Ipoh "Cikgu, mari dekat sikit, saya nak tunjuk sesuatu"...