Thursday, January 18, 2018

Tips Supaya Anak Kekal Fokus Di Sekolah




'Kringgggg Kringgg!!' Jam berbunyi. Masanya sudah tiba. Bangun pagi..

Masa bersiap untuk anak-anak ke sekolah. Anak yang susah bangun, sampaikan ibu ayah kena renjis dengan air. Dengan harapan mereka celik mata.

Kalau pelajar asrama, siaplah kalau warden datang...

Bila sampai di sekolah, ada masih mengantuk. Masa guru ajar di depan, tersengguk kepala... Apa nak buat?

Kali ini, saya kongsikan tips supaya anak-anak kekal fokus di sekolah.

1) Tidur yang cukup 6 hingga 8 jam.

Set rutin masa tidur yang sama setiap hari. Jika hari ini tidur 10 malam, esok lusa juga masa yang sama. Otak akan susah beri tumpuan jika tidak cukup rehat.

2) Bawa bekalan air masak.

Air sangat penting. Ia dapat menyegarkan badan seterusnya dapat beri fokus lebih baik semasa dalam kelas. Minum air secukupnya. Bila mula sahaja rasa mengantuk, cepat-cepat minum.

3) Sarapan sihat dan sedap

Mulakan hari dengan sarapan. Ia dapat beri tenaga untuk anak-anak belajar. Ingat ya, sarapan sihat bukan bermakna makan dengan sangat banyak. Sesuatu yang bernutrisi dan sedap untuk naikkan motivasi anak ke sekolah sudah memadai.

4) Elak gangguan atas meja

Terlalu banyak benda di atas meja boleh ganggu kosentrasi pelajar. Contohnya jika bawa botol air, simpan dalam beg atau letak bawah meja.

5) Pandang guru dan lihat matanya

Guru diri di depan kelas untuk mengajar dan curahkan ilmu. Tunjukkan bahawa kita sedang beri perhatian. Bila mula perasan mata sudah melilau ke luar kelas, cepat-cepat pandang mata guru semula.

6) Penglihatan baik

Apabila mata boleh nampak dengan jelas apa guru tulis di papan putih, ini dapat meningkatkan lagi fokus. Cuba bayangkan jika mereka rabun atau silau dan tidak dibantu. Berbayang sahaja pandangan. Tidak nampak wajah guru dan terasa kabur.

Malah ada juga yang nampak tulisan buku sekejap jelas, sekejap kabur. Sangat digalakkan untuk matanya diperiksa agar kembali fokus belajar. Di cawangan Hanun Optomedik Meru, kami akan jalankan Ujian Optomedik untuk ketahui status penglihatan pelajar dengan lebih lanjut.

7) Ambil nota ringkas

Cuba fokus dan pasang telinga. Dengar betul-betul bila masa guru sebut "Ini penting", "Yang ni masuk exam". Dalam masa sama, dapat bantu anak-anak jadi pendengar yang bagus dan fokus dengan maksima.

Mudah-mudahan, segala apa mereka belajar sepanjang hari, lekat ilmunya dalam kepala. Apatah lagi ia diamalkan.

Kebaikan yang berterusan.


Hanun Nadiah Rozi
Optometrist

Hanun Optomedik Centre, Meru Ipoh
+019-4727963 (Whatsapp/Telegram)


No comments:

Post a Comment

Apakah Punca Anak Susah Belajar Hinggkan Buku Jadi 'Halimunan'?

Saringan Penglihatan Pelajar Pendidikan Khas di SMK Tasek Damai,Ipoh "Cikgu, mari dekat sikit, saya nak tunjuk sesuatu"...